Terma & Syarat
1. TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN
- Sebelum membuat tempahan pelanggan diwajibkan semak tarikh majlis pelanggan terlebih dahulu adakah tarikh majlis anda masih available untuk perkhidmatan kami ataupun tidak.
-Untuk membuat tempahan pihak pelanggan hendaklah membayar pendahuluan sebanyak RM300 terlebih dahulu selepas borang tempahan dihantar secara online.
- Pembayaran deposit hanya boleh dibuat setelah kami menerima borang tempahan yang pelanggan hantar secara online dan mengesahkannya.
- Kami akan menghubungi pelanggan dan mengesahkan tempahan pelangan 10 hingga ke 30 minit sebaik sahaja pelanggan menghantar borang tempahan secara online.
-Setelah kami mengesahkan tempahan pelanggan barula kami akan memberikan nombor akaun kepada pelangan bagi pelanggan membuat pembayaran deposit.
- Setelah deposit dibuat pelanggan tidak dibolehkan membatalkan tempahan. Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan tersebut maka pelanggan tidak berhak mendapat bayaran deposit kembali yang telah dibuat.
- Jika pelanggan ingin menukar tarikh majlis, pelanggan hendaklah memaklumkan kepada kami seawal yang mungkin setidaknya 2 minggu sebelum tarikh majlis dilangsungkan.
- Pembayaran hanya boleh dilakukan melalui bank transfer (online) atau didepositkan secara manual ke akaun bank yang telah ditetapkan ataupun bayar secara langsung (face to face) Dengan Datang Ke Studio.
- Resit pembayaran hendaklah digambar dan dikirim kepada kami melalui aplikasi whatsapp atau emel sebagai bukti pembayaran dan resit mestilah disimpan oleh pelanggan untuk rujukan dimasa hadapan.
- Baki bayaran hendaklah dijelaskan oleh pelanggan dalam tempoh 3 hari selepas dan selesainya Majlis atau proses pengambaran dilaksanakan.
2. TEMPOH PENYERAHAN, SIMPANAN DAN HAK MILIK PRODUK.
- Kami bertanggungjawab menyerahkan semua produk kepada Pelanggan dalam tempoh 1 ke 2 minggu bagi pakej yang tidak mempunyai album, manakalah 2 ke 3 bulan bagi pakej yang mempunyai album, bermula selepas selesai sesi keseluruhan pengambaran dilaksanakan di tempat dan waktu yang telah ditetapkan.
- Hak milik gambar atau video yang dihasilkan adalah hak milik mutlak pelanggan.
- Kami hanya akan menyimpan data soft copy gambar atau pun video selama 1 tahun selepas produk diserahkan kepada pelanggan.
- Kami berhak menyiarkan gambar ataupun video (produk) yang telah dihasilkan dilaman sosial ataupun laman web bagi tujuan koleksi gambar perkahwinan. (Jika Pelanggan tidak bersetuju mengenai pekara ini silah maklumkan kepada kami lebih awal untuk mengelak sebarang masalah yg tidak diingini.)